CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


"In the arithmetic of love, one plus one equals everything, and two minus one equals nothing."

UNTUK PERHATIAN SEMUA AHLI PRS UMK

Assalamualaikum,salam muhibbah,salam sejahtera.

perhatian kepada semua ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Malaysia Kelantan

bermula 26 April ini, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dengan kerjasama Bahagian Rundingcara Kaunseling dan Kemajuan Kerjaya akan menganjurkan beberapa aktiviti khas buat semua ahli PRS yang dihargai.berikut saya perincikan aktiviti yang akan diadakan kelak.

1. CAMP POWER SELLING USING NLP

tarikh : 26 April 2011

hari : Selasa

Tempat : UMK

program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli prs tentang NLP. satu program yang pasti memberi inspirasi kepada anda.program ini akan dikendalikan oleh seorang yang amat hebat dan mengkagumkan.harap semua ahli PRS dapat menghadirkan diri dalam program ini.sijil akan diberikan

2. NEURO-LINGUASTIC PROGRAMING (NLP) FOR COUNSELOR "1 KELANTAN"

tarikh : 27 hingga 28 April 2011

hari : Rabu dan Khamis

tempat : Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra

program ini merupakan program yang terbesar bagi kelab PRS semester ini kerana ia melibatkan semua kaunselor-kaunselor dari seluruh negeri Kelantan.program ini masih memerlukan ramai peserta dari kalangan ahli PRS.sijil akan diberikan.masih memerlukan kira-kira 50 orang ahli lagi untuk program ini.

3. PROGRAM MOTIVASI SMK SEKSYEN 7 SHAH ALAM

tarikh : 29 april hingga 1 Mei 2011

hari : jumaat, sabtu dan ahad

tempat : Kampus Taman Bendahara, Puspen Bachok dan Pantai irama Bachok.

program ini adalah program motivasi untuk pelajar-pelajar dari smk seksyen 7 s.alam. seramai 80 peserta yang merupakan ahli kelab PRS sekolah dan kelab Pemadam.masih memerlukan fasilitator-fasilitator. inilah masanya untuk ahli-ahli PRS tonjolkan bakat anda sebagai seorang fasilitator yang mantap dan hebat. sijil akan diberikan

4.PROGRAM MOTIVASI 'STEP TOWARDS AMBITOUS REALIZATION' (STAR) SIRI 2 SK LALOH,KUALA KRAI

tarikh : 5,6 dan 7 Mei 2011

tempat : Universiti Malaysia Kelantan kampus taman Bendahara

program ini merupakan program siri ke2 untuk pelajar yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.Program STAR siri 1 untuk SK Laloh ini telah diadakan pada bulan mac yang lepas dan ini merupakan kesinambungan bagi program siri yang pertama.fasilitator bagi program ini adalah fasilitator dari program siri 1.

5. SEMINAR PERANCANGAN KERJAYA PELAJAR LEPASAN SPM DAN MATRIKULASI 1 KELANTAN

tarikh : 12 mei 2011

tempat : UMK kampus taman bendahara

program ini merupakan salah satu inisiatif Pembimbing Rakan Siswa UMK untuk membantu Pelajar-Pelajar Lepasan SPM dan Matrikulasi untuk menentukan bidang-bidang yang mereka minati. Seramai 20 Orang fasilitator diperlukan untuk program ini.sijil akan diberikan kepada semua fasilitator.

6.PROGRAM GREAT UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR

tarikh : 2 mei 2011

tempat : UMK kampus Taman Bendahara

Bahagian Rundingcara kaunseling dan Kemajuan Kerjaya menganjurkan Program ini khusus untuk pelajar-pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Kelantan bagi memantapkan mereka sebelum mencuburi bidang pekerjaan. fasilitator seramai 10 orang diperlukan untuk sesi ini.inilah peluang terbaik anda untuk bertemu dengan abang dan kakak Senior sbelum mereka meninggalkan UMK. =)

7. PROGRAM MOTIVASI STAR SIRI 3, SK DATO HASYIM 2, KOTA BHARU

tarikh : bulan jun 2011

tempat : UMK kampus taman Bendahara

program motivasi ini dianjurkan kepada pelajar-pelajar UPSR yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini. Seramai 20 orang fasilitator diperlukan untuk program ini.jadilah yang pertama untuk mendaftar sebagai fasilitator bagi kem ini. peluang untuk menggilap kemahiran anda sebagai fasilitator. =)

8. PERKAMPUNGAN PEMBIMBING RAKAN SISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

tarikh : 24 hingga 27 Mei 2011

tempat : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bharu.

ini merupakan program Perkampungan PRS pertama disertai oleh UMK semenjak penubuhannya pada tahun 2007. Seramai 20 orang ahli PRS telah dipilih dan telah dihubungi melalui SMS oleh saya (Muhammad Luqman). saya berharap semua ahli yang terpilih tersebut memberi respon terhadap SMS tersebut samada ingin menyertai atau tidak,sekiranya tidak,sila respon secepat mungkin kerana ini akan memudahkan saya untuk mencari pengganti bagi tempat anda.

9.PERCUTIAN PRS KE CAMERON HIGHLAND

tarikh : dirancang pada minggu ke-3 sesi pengajian semester hadapan (bulan september)

tempat : cameron Highland

ini merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan . setelah pelbagai aktiviti kita tempuh bersama.segala suka duka kita rasai bersama.inilah masanya untuk kita mencari semangat baru untuk memacu kegemilangan PRS ke tahap yang lebih tinggi semester hadapan.program ini memerlukan semua ahli untuk menyertainya.program ini tidak akan menyediakan sijil.harap maaf.

diatas merupakan aktiviti yang akan dijalankan serta program yang dirancang untuk semua ahli kelab PEMBIMBING RAKAN SISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. sebarang pertanyaan boleh terus dirujuk pada saya, sila sebarkan dan tag rakan-rakan PRS seperjuangan yang lain.Terima kasih

muhammad luqman bin abd jalil

yang di-pertua PRS

sesi akedemik disember 10/11

b2-a1-13

013-6319941

luqmanjalil@yahoo.com


'TOGETHER WE ARE ONE'



0 Response to "UNTUK PERHATIAN SEMUA AHLI PRS UMK"

Post a Comment