CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


"In the arithmetic of love, one plus one equals everything, and two minus one equals nothing."

PRO-M UMK MENJAWAB TUDUHAN DAN TOHMAHAN

Pro-Mahasiswa UMK menjawab tuduhan liar dan fitnah.

Bahang Pilihanraya Kampus sudah pun berakhir.Kini mahasiswa sedang menantikan pembentukan Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa UMK sesi 2011 (MPM-UMK 2011) yang bakal bersidang pada minggu hadapan.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya,semoga amanah yang diberikan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.Tahniah juga diucapkan kepada calon-calon daripada Pro-Mahasiswa yang berjaya mendapat undi tertinggi sekalipun mereka ditekan dandiugut,namun mereka masih berjaya memenuhi lebih daripada setengah kerusi MPM.Namun,apa yang ingin ditekankan di sini,kewujudan Pro-M dalam kabinet MPM janganlah dianggap sebagai budaya negatif yang membawa perpecahan,sebaliknya ia harus diterima sebagai inovasi dalam proses demokrasi di dalam kampus.Kehadiran Pro-M merupakan ‘check n balance’ yang diperlukan dalam sesebuah kerajaan mahasiswa.Satu bentuk penjenamaan semula MPM bilamana idea-idea dan agenda-agenda baru yang lebih demokratik dan berjiwa anak muda diilhamkan oleh mahasiswa sendiri,sudah tentunya akan menyegarkan dan member energetic kepada MPM-UMK 2011.

Namun,kemenangan ini bukanlah sesuatu yang mudah.Sejak kem persediaan Calon MPP lagi,Pro-Mahasiswa sudah difitnah dan dipropagandakan sebagai gerakan yang merosakkan nama university.Lebih teruk lagi,beberapa wakil luar dijemput untuk berceramah tentang keburukan Pro-M termasuklah mengaitkan Pro-M dengan parti politik berhaluan kiri dan yang paling teruk,mengaitkan Pro-M dengan pertubuhan keganasan seperti Jemaah Islamiyyah.

Beberapa duta dan pemimpin Pro-M UMK dilabelkan sebagai berniat jahat dan ditaja oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan menjadikan budaya demonstrasi sebagai cara perjuangan.Duta pro-M terutama pengerusinya juga dipropagandakan bahawa nama-nama mereka sudah dihantar ke Bukit Aman dan menunggu masa untuk ditahan bawah ISA.

Ini adalah satu perbuatan yang tidak berhemah dan berniat jahat semata-mata ingin mengekang kebangkitan mahasiswa.Kenyataan ini agak lucu dan gila,bagaimana sekumpulan aktivis kampus,yang memperjuangkan agenda kebajikan mahasiswa tanpa bersembunyi,ingin mengembalikan idealisme mahasiswa dan roh kampus akan ditahan di bawah ISA atas perbuatan tersebut.Perbuatan pihak terbabit yang menjalankan propaganda ini dilihat sebagai perbuatan bodoh,kurang cerdik dan terdesak semata-mata untuk mendoktrinkan agenda mereka ke dalam minda pemimpin mahasiswa.Sungguh malu apabila kenyataan dan perbuatan ini dilakukan oleh manusia yang bertaraf pegawai,mempunyai kelulusan ijazah yang tinggi,tetapi mempunyai minda yang amat tertutup seperti mantan Presiden Mesir yang diterajang rakyat,Hosni Mubarak.

Pro-Mahasiswa ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah ditaja oleh parti politik luar samada darisegi bantuan nasihat mahupun bantuan kewangan.1 sen pun kami tidak pernah terima daripada pihak luar.Pro-Mahasiswa juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kemenangan Pro-M di kampus IPTA adalah petanda baik kepada kejatuhan kerajaan BN kerana Pro-M sering dikaitkan dengan anti-establishment,yang menyokong Pakatan Rakyat.Ini adalah kenyataan terdesak yang dibuat oleh ahli politik pembangkang demi kepentingan politik mereka.Pro-Mahasiswa tidak menyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.Kami adalah pendokong mahasiswa,sebagai golongan ‘third-force’ dalam negara ini di mana kami akan mengkritik apa yang perlu dikritik dan akan memuji apa yang perlu dipuji samada pembangkan mahupun kerajaan.Kami adalah sebuah gerakan demokratik mahasiswa yang bermatlamat untuk menghidupkan kembali idealisme mahasiswa dan roh kampus.

Walaupun ditekan,difitnah,dipropagandakan,calon-calon MPP Pro-M diugut dan di’brainwash’ dengan bermacam-macam cerita,akhirnya kebenaran tetap milik gerakan demokratik mahasiswa ini.Beberapa pemimpin mahasiswa yang sebelumnya menjadi calon bebas,kini sudah muak dan menyampah dengan tekanan yang diberikan pegawai HEP kepada mereka dan mereka yakin perjuangan Pro-M adalah perjuangan yang ideal,lalu mereka berkeputusan untuk menyokong dan memberikan komitmen yang tinggi untuk menjadi calon Pro-Mahasiswa.Yang lebih menarik dan membanggakan lagi,salah seorang calon MPP yang menang tanpa bertanding di fakulti,menjadi orang no.1 yang menjadi orang kepercayaan HEP dan akan diangkat oleh HEP untuk menjadi YDP boneka berpaling tadah kepada konspirasi terancang mereka.Niat ikhlas,pegangan agama yang teguh dan iltizam anak muda ini,beliau mampu membezakan antara hak dan batil,dalam masa beliau dibonekakan oleh HEP,tetapi hati beliau tetap bersama kebenaran dan menyokong Pro-M.Beliaulah yang banyak membongkarkan rahsia-rahsia HEP yang korup.Jutaan tahniah diucapkan kepada anak muda ini.Anak muda ini harus diangkat sebagai hero sebenar dan pejuang sejati mahasiswa.

Benarlah kata orang,jika kita memperjuangkan kebenaran dan keadilan,akan sampai suatu masa kemenangan akan menjadi milik kita.Hasilnya,Pilihanray a Kampus yang lalu Pro-Mahasiswa telah berjaya menguasai lebih daripada setengah kerusi MPM-UMK.Di kampus lain pula,Pro-mahasiswa telah menguasai kampus-kampus besar seperti UM,UKM,UIA,UPSI,USM Kubang Kerian,USIM,UMS,UNIMAS dan juga UNISEL.Tsunami politik kampus ini menyedarkan anak-anak muda bahawa sudah tiba masanya pemikiran dan aktivisme mereka dibebaskan dan diberikan ruang untuk menentukan hala tuju mereka tanpa proses doktrinisasi.Signal ini jelas,ingin menuntut perubahan yang dilakukan dalam MPM,mahasiswa menuntut MPM mempunyai autonomi yang luas,bagi memudahkan mereka menjalankan agenda kebajikan mahasiswa.

Akhir kata,selamat maju jaya buat MPM-UMK 2011 dan terima kasih kepada semua pengundi yang memberikan undian tertinggi kepada calon-calon kami.!

“BERSAMA MENJULANG KEGEMILANGAN VARSITI”

Saufi Ahmad

timb.pengerusi pro-M UMK

"DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"

0 Response to "PRO-M UMK MENJAWAB TUDUHAN DAN TOHMAHAN"

Post a Comment