Suatu hari seekor keldai kepunyaan seorang peladang telah jatuh ke dalam sebuah perigi. Keldai itu bersedih dan menangis manakala tuan punya keldai tersebut berfikir bagaimana untuk mengeluarkannya. Akhirnya peladang itu membuat keputusan bahawa keldai tersebut sudah tua, dan perigi tersebut sememangnya perlu ditimbus oleh itu tidak berbaloi untuk bersusah payah mengeluarkan keldai tersebut. Maka peladang itu mengajak semua jirannya untuk datang bersama-sama menolongnya. Mereka membawa penyodok dan mula menyodok tanah, pasir, lumpur dan sampah sarap ke dalam perigi tersebut. Pada mulanya apabila keldai tersebut sedar apa yang sedang berlaku, ia pun menangis dengan kuatnya. Namun anehnya, beberapa ketika kemudian, tiada kedengaran lagi tangisan keldai tersebut. Orang kampung meneruskan kerja. Kemudian peladang itu menjenguk ke dalam perigi tersebut. Beliau begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya, keldai tersebut telah melakukan sesuatu yang menakjubkan. Dengan setiap longgokan tanah, pasir, lumpur dan sampah yang dihumbankan ke atas belakangnya. Keldai itu menggerakkan badannya untuk menepis serta membebaskan badannya daripada sampah sarap yang dihumban kepadanya. Kemudian melangkah naik lebih tinggi. Setiap kali dihumbankan sampah sarap, keldai itu akan membebaskan badannya dari sampah dan menaik selangkah lagi ke atas. Tidak lama kemudian, semua orang terpegun apabila melihat keldai tersebut melangkah keluar dari birai perigi dan dengan gembiranya berlari dari situ.
Moral cerita ini adalah dalam kehidupan, kita akan bertemu dengan pelbagai masalah, cercaan, penghinaan dan lain-lain. Cara untuk keluar daripada perigi tersebut adalah dengan membebaskan badan daripada segala sampah sarap, kemudian melangkah ke atas. Setiap masalah yang kita hadapi, merupakan langkah pertama untuk kejayaan. Kita boleh keluar daripada perigi yang sangat dalam jika kita tidak berhenti mencuba dan tidak berputus asa. Bebaskan diri anda daripada tanah, pasir, lumpur dan sampah sarap. Kemudian melangkah naik. Dan Berlarilah…..
0 Response to "kisah seekor keldai"
Post a Comment