nk tanye ni..what is the meaning of prs..adakah
 
 
nk tanye ni..what is the meaning of prs..adakah
 
"man,apsal ko nmpk kuros ha? ko diet cmne?"
sakit....kcewa....sdey....ase xbrgune...
“Woman was taken out  of man; not out of his head to top him, nor out of his feet to be  trampled underfoot; but out of his side to be equal to him, under his  arm to be protected, and near his heart to be loved”
ika..i grab dis from you..like it...
Oleh: Ismail Abu Bakar
(Petikan dari http://darussyifa.org/index.php)
Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.
Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya  tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan  di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah  harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju  telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan  memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim  berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun  telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju  telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada  bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.
Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan  dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang  kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari  kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada  Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room  untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus  membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu  keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan  dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak  mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.
Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk  melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya  mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah  berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.
Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang  untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi  pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat  dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan  berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu  tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.
Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak.  Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar  hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah  menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya  perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung  sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan  kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun  duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000.  Iskandar tidak terus  menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk  membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam  berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia  sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi  menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa,  dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas  itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya   itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun  simpanan tetap Jaafar.  Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa  duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh  digunakan sendiri.
Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam  ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana  ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah  sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat  Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian  kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini  baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah  dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua  disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik  balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak  kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia  yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia  bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman  tempat dia tinggal.
Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.
"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. jika benar NOOR ZAHARAH BINTI ZULKIPLI jodohku,satukanlah hati kami,permudahkanlah urusan kami.Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
you never know how to answer my question,let me teach you okeyh?
yea..da bape bulan sy cmni..dr blan 5 smpai nk blan 9 kn...still cmni...ehm..
ase kcewe sgt...but one thing for sure...sy xkn ptus ase...sy akn usehe utk dptkn awk smule..sy mnx sgt..awk fkir la..mane yg baek...n mane yg lbey baek.....sy arap sgt...ase syg tu smue ley dpupuk dari mse ke mase...please....sy ttp tggu awk,sy ttp akn usehe..sy xkn ptus ase..sy dpt rase,tkdir kte mmg utk bsame..sy mnx,cbe lpekan die..dr mse kte same2 lg kn,sy mnx cbe lpekan ckit2...tp awk ble da xley..tros ptus ase...then,jd cmni,,sy nk lpekn yg lme amek mse 2 taun...tp awk cpt ptus ase..sdgkn awk da nmpk kte ley bhgie..hum..sy tetap syg awk... T_T
salam...sat g nk nek bus da..nk alek phg...prasaan...bercampur baur..excited.n ase cm buduh sgt...coz sumthing xsetel lg..maybe bg die da setel kot after sesi tros trg ati ke ati mlm td.thanx coz being jujur dgn sy.
 
 
